Menulis Karangan Menggunakan Pendekatan Komunikatif

Rosminah, Shamsuddin and Razali, Ayob (2003) Menulis Karangan Menggunakan Pendekatan Komunikatif. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini merupakan kajian eksperimen untuk menguji keberkesanan menulis karangan menggunakan pendekatan komunikatif. Komponen komunikatif yang terlibat dalam kajian ialah kecekapan pembinaan perenggan, wacana, dan tatabahasa. Kecekapan pembinaan perenggan merangkumi kecekapan pelajar untuk membina perenggan pendahuluan, isi, dan penutup. Kecekapan wacana pula terdiri daripada faktor pertalian dan pertautan. Manakala, aspek tatabahasa pula, akan menghuraikan tentang kecekapan pelajar terhadap penguasaan perbendaharaan kata, peraturan morfologi dan sintaksis. Seramai 27 orang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Batu Caves, Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Responden ini telah menjalani dua kali ujian menulis karangan, iaitu ujian sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran menulis karangan menggunakan pendekatan komunikatif. Sampel karangan ini akan dianalisis menggunakan skema analisis karangan yang diubah suai daripada Hashim Othman dalam Jurnal Dewan Bahasa, September 2001, halaman 370 hingga 371. Selepas itu, data-data ini akan dianalisis menggunakan jadual taburan skor kekerapan (peratus dan min) untuk melihat keberkesanan penulisan karangan menggunakan pendekatan komunikatif. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat menguasai komponen komunikatif ini apabila ujian selepas pengajaran dan pembelajaran menulis karangan menggunakan pendekatan komunikatif dijalankan. Penguasaan pelajar dalam setiap komponen meningkat apabila tahap pencapaian baik mereka dalam setiap komponen komunikatif ini meningkat, iaitu kecekapan pembinaan perenggan (daripada 22.22% kepada 44.44%), kecekapan wacana jenis pertalian (daripada 29.63% kepada 55.56%), kecekapan wacana jenis pertautan (daripada 29.63% kepada 40.74%), dan kecekapan tatabahasa (daripada 29.63% kepada 40.74%). Dengan ini, penggunaan pendekatan komunikatif dalam penulisan karangan pelajar berkesan kerana dapat meningkatkan prestasi mereka untuk menghasilkan sebuah karangan yang bermutu.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Linguistics Education > Malay Language Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1475

Actions (login required)

View Item View Item