Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar Yang Terlibat Dengan Global Platform Pilot Project Untuk Mendapatkan Informasi Mengenai Isu Pemanasan Global

Siti Noriszuwani, Safiai and Maria, Salih (2008) Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar Yang Terlibat Dengan Global Platform Pilot Project Untuk Mendapatkan Informasi Mengenai Isu Pemanasan Global. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji penggunaan internet bagi mendapatkan maklumat mengenai isu pemanasan global di kalangan pelajar yang terlibat dengan platform. Dua aspek penting iaitu faktor- faktor yang mempengaruhi penggunaan internet dan kadar kekerapan penggunaan internet dalam mendapatkan maklumat mengenai isu pemanasan global difokuskan. Seramai 50 orang pelajar telah menjadi responden dan mereka ini terdiri daripada pelajar sekolah yang terlibat dengan Global Platform Pilot Project. Instrumen yang digunakan merupakan satu set soal selidik terdiri daripada bahagian A dan B. Bahagian A melibatkan faktor-faktor penggunaan internet manakala bahagian B berkaitan kadar kekerapan penggunaan internet. Data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS versi 16.0. Hasil kajian mendapati faktor-faktor penggunaan internet seperti minat pelajar menunjukkan min 3.60 dan kepelbagaian maklumat internet dengan min 3.26. Didapati kadar kekerapan penggunaan internet yang tertinggi adalah 46% dalam 1-2 jam seminggu manakala hanya 4% menggunakan internet dalam 6 jam seminggu. Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor seperti minat dan kepelbagaian maklumat dalam internet sangat mempengaruhi pelajar untuk menggunakan internet bagi mendapatkan maklumat.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1467

Actions (login required)

View Item View Item