Persepsi Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (upsi) Terhadap Pembangunan Modul Perisian Pembelajaran Interakif Bagi Topik Organisasi Sel Dan Struktur Sel

Muhd Fadhli Izzat, Rosli and Che Nidzam, Che Ahmad (2006) Persepsi Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (upsi) Terhadap Pembangunan Modul Perisian Pembelajaran Interakif Bagi Topik Organisasi Sel Dan Struktur Sel. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti samaada modul perisian yang dibangunkan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar sains UPSI dalam topik Organisasi Sel dan Struktur Sel”. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar sains UPSI terhadap penggunaan modul perisian interaktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah 80 orang pelajar Program Pendidikan Sains Major Biologi semester satu UPSI. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Modul perisian interaktif ini telah dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop, Macromedia Authorware, Macromedia Flash. Kaedah tinjauan telah dijalankan bagi melihat tahap persepsi pelajar terhadap perisian multimedia yang dibangunkan. Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS. Penganalisaan data secara kuantitatif dilakukan dengan mencari min skor bagi setiap item. Hasil daripada analisis data yang telah dijalankan didapati bahawa nilai purata min skor bahagian A soal selidik adalah 3.1993. Kesimpulannya, nilai min ini menunjukkan bahawa modul perisian ini sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana dibina dengan kualiti yang terbaik. Di samping itu, pelajar menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi dan memberikan persepsi yang positif terhadap penggunaan modul perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1463

Actions (login required)

View Item View Item