Keberkesanan Pembelajaran Model Self Generated Analogies Reasoning (sgar) Berbanding Model Teaching With Analogies (twa) Dalam Topik Cell Structure And Function Biologi Tingkatan Empat

Nik Mazni, Nik Ahmad and Fatimah, Mohamed (2008) Keberkesanan Pembelajaran Model Self Generated Analogies Reasoning (sgar) Berbanding Model Teaching With Analogies (twa) Dalam Topik Cell Structure And Function Biologi Tingkatan Empat. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah analogi SGAR berbanding kaedah analogi TWA dalam topik Cell Structure and Function Biologi Tingkatan Empat. Kajian ini merupakan suatu kajian kuantitatif yang berbentuk eksperimen dan melibatkan seramai 60 orang sampel yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Sampel telah dibahagikan kepada dua kumpulan terdiri daripada 30 responden dalam kumpulan kawalan dan 30 responden dalam kumpulan eksperimen. Instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan pos serta soalan kaji selidik. Data dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratus bagi menjawab persoalan kajian. Ujian-t juga digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan keberkesanan antara kaedah SGAR dan TWA. Hasil kajian didapati kaedah SGAR adalah lebih berkesan daripada kaedah TWA dengan SGAR mencatatkan nilai perbezaan skor min lebih tinggi iaitu 10.76% berbanding TWA dengan hanya 4.86%. Hasil analisis soalan kaji selidik pula mendapati 95% pelajar memberikan persepsi yang positif terhadap pembelajaran analogi dalam Biologi. Sebagai kesimpulannya, penggunaan analogi secara umumnya adalah disambut baik oleh pelajar. Walau bagaimanapun, setelah diuji, kaedah SGAR didapati lebih berkesan berbanding kaedah TWA.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1451

Actions (login required)

View Item View Item