Kesesuaian Simulasi Berkomputer Bagi Sub Topik Persaingan Interspesis Antara Paramesium Caudatum” Dan Paramesium Aurelia” Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi

Nor Hamizah, Nadzari and Azmi, Ibrahim (2005) Kesesuaian Simulasi Berkomputer Bagi Sub Topik Persaingan Interspesis Antara Paramesium Caudatum” Dan Paramesium Aurelia” Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesesuaian reka bentuk skrin modul yang telah dihasilkan oleh pengkaji dan untuk mendapatkan respon pelajar terhadap kesesuaian penggunaan modul simulasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran biologi bagi membantu mereka mempelajari fenomena-fenomena abstrak yang terdapat dalam biologi agar menjadi lebih nyata dan mudah difahami oleh mereka. Kaedah tinjauan digunakan semasa menjalankan kajian ini. Lima puluh tujuh orang pelajar biologi daripada Sekolah Menengah Datuk Bahaman Lancang, Temerloh, Pahang digunakan sebagai sampel kajian. Instrumen kajian iaitu soalan soal selidik yang mengandungi 20 soalan diedarkan kepada pelajar. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian untuk mendapatkan respon responden terhadap reka bentuk skrin yang dihasilkan oleh pengkaji dan bahagian untuk mendapatkan respon terhadap kesesuaian penggunaan simulasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan skor min dan peratus pelajar yang memilih pada setiap pilihan pada skala likert. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa reka bentuk skrin yang dihasilkan oleh pengkaji adalah bersesuaian dengan modul yang telah dibina. Melalui kajian ini juga didapati bahawa simulasi berkomputer sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran biologi.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1444

Actions (login required)

View Item View Item