Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi Dan Masalah-masalah Yang Dihadapi Dalam Memahami Konsep Biologi

Nurul Hidayah, Muhammed and Eng Tek, Ong (2008) Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi Dan Masalah-masalah Yang Dihadapi Dalam Memahami Konsep Biologi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam memahami konsep biologi. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat dan pelajar-pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharan, Dungun yang telah mempelajari topik mekanisma fotosintesis. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat dan lima telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalan kajian ini ialah animasi dan borang kaji selidik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis data yang digunakan ialah kekerapan dalam bentuk peratusan dan min untuk menentukan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan persepsi pelajar terhadap minat mereka tentang penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada dapatan kajian yang dibuat, mendapati pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. Ini kerana, selain menghadapi masalah untuk memahami konsep biologi yang abstrak, mereka juga sering menghafal fakta dan konsep sains yang sukar. Kajian ini juga menunjukkan pelajar mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakan animasi. Ini berdasarkan kepada data-data yang diperoleh. Kesimpulannya, pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1439

Actions (login required)

View Item View Item