Mengkaji Kesan Penggunaan Advance Organizer Dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4 Di Salah Sebuah Sekolah Di Kelantan

Nur Syahida, Muhammad Zawawi and Zahid, Mat Said (2008) Mengkaji Kesan Penggunaan Advance Organizer Dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4 Di Salah Sebuah Sekolah Di Kelantan. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuaan mengkaji tahap pencapaian di kalangan pelajar biologi tingkatan 4 yang menggunakan advance organizer. Advance organizer yang direka oleh penyelidik ini memerlukan seramai 60 orang sampel yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan. Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang pertama yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik yang mengandungi 10 item untuk menguji faktor minat pelajar. Instrumen yang kedua adalah ujian pra dan pos yang digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam kajian tersebut. Maklumat diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science” (SPSS). Nilai min bagi ujian pra untuk kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 67.33 dan 56.00. Manakala nilai min bagi ujian pos untuk kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 77.67 dan 61.33. Manakala nilai-t bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan kawalan adalah 5.757 manakala bagi kumpulan eksperimen adalah 7.878. Hasil kajian menyimpulkan bahawa keputusan yang positif terhadap minat pelajar dengan penggunaan advance organizer dalam matapelajaran biologi. Selain itu, hasil kajian juga berjaya menyimpulkan bahawa tahap pencapaian pelajar-pelajar yang didedahkan dengan penggunaan advance organizer meningkat.. Kajian ini juga turut membincangkan cadangan dan implikasi kajian yang boleh memberi panduan kepada pengkaji seterusnya.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1435

Actions (login required)

View Item View Item