Pengaruh Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Potensi Kecerdasan Pelajar Bagi Meningkatkan Prestasi Dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Empat Subtopik Fotosintesis

Nurul Fareha, Muhamad Daut and Saberi, Othman (2010) Pengaruh Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Potensi Kecerdasan Pelajar Bagi Meningkatkan Prestasi Dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Empat Subtopik Fotosintesis. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memanipulasi tiga potensi kecerdasan iaitu muzik, ruang dan interpersonal dapat membantu meningkatkan pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Biologi bagi subtopik Fotosintesis. Seramai 72 orang sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat aliran sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah dipilih. Pelajar- pelajar ini telah dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar dengan kaedah yang memanipulasi potensi kecerdasan pelajar manakala kumpulan kawalan telah diajar secara konvensional. Data dianalisis untuk mendapatkan nilai min kedua-dua ujian pra dan pos dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 17.0. Jumlah peningkatan nilai min bagi kumpulan rawatan adalah 51.89 dan jumlah peningkatan bagi kumpulan kawalan adalah 340.36. Nilai t yang diperolehi 9.606 pada aras signifikan p=0.05 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar yang diajar menggunakan kaedah memanipulasikan kecerdasan iaitu kecerdasan muzik, kecerdasan ruang dan kecerdasan inter personal dengan pelajar yang diajar secara tradisional.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1433

Actions (login required)

View Item View Item