Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Pelajar Tingkatan 4 Bagi Mata Pelajaran Biologi

Nur Hazimah, Mohd Yusof and Zahid, Mat Said (2008) Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Pelajar Tingkatan 4 Bagi Mata Pelajaran Biologi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif (PK) dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK) pelajar tingkatan 4 dalam mata pelajaran Biologi khususnya bagi topik The Greenhouse Effect and the Thinning of the Ozone Layer. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah PK model Jigsaw II dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi The Greenhouse Effect and the Thinning of the Ozone Layer. Kajian ini melibatkan 32 orang pelajar Sains tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Star,Kedah sebagai sampel kajian. Daripada jumlah tersebut, 16 orang pelajar diletakkan dalam kumpulan eksperimen manakala 16 orang pelajar lagi diletakkan dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah PK model Jigsaw II, manakala kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Semua data yang dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Ujian-t juga digunakan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan mengenai skor pelajar dalam ujian pra dan ujian pos bagi pengajaran kaedah PK untuk topik The Greenhouse Effect and the Thinning of the Ozone Layer. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan PK model Jigsaw II berkesan dalam meningkatkan KBKK pelajar. Terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kawalan pada aras p<0.05. Untuk menganalisis soal selidik, kaedah statistik secara frekuensi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan PK model Jigsaw II dalam matapelajaran Biologi. Kesimpulannya, kaedah PK merupakan kaedah yang sesuai dan berkesan untuk meningkatkan KBKK pelajar dalam topik The GreenhouseEffect and the Thinning of the Ozone Layer.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1427

Actions (login required)

View Item View Item