Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Kemahiran Menyoal Di Kalangan Pelajar Biologi Tingkatan 4

Hayati, Mohd Arshad and Fatimah, Mohamed (2008) Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Kemahiran Menyoal Di Kalangan Pelajar Biologi Tingkatan 4. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis strategi pembelajaran yang dapat menggalakkan kemahiran menyoal di kalangan pelajar. Dalam kajian ini, kemahiran menyoal diukur dari sudut jumlah soalan yang dibina berdasarkan bilangan soalan, jenis aras soalan dan kreativiti soalan yang dibina. Fokus kajian ini ialah untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam kemahiran menyoal khususnya mata pelajaran Biologi. Kajian ini telah dijalankan terhadap 60 orang pelajar di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak yang terdiri daripada dua buah kelas Tingkatan 4 Biologi. 30 orang pelajar telah diletakkan di bawah pembelajaran kooperatif dan 30 orang pelajar lagi di bawah pembelajaran secara individu. Instrumen kajian mengandungi sebuah artikel saintifik dan dua item. Item-item ini mengkehendaki pelajar membina soalan berdasarkan artikel. Untuk item (a), bilangan soalan yang disenaraikan pelajar dikira dan dikategorikan mengikut aras soalan dengan berpandukan Taksonomi Bloom. Item (b) pula dianalisis secara kualitatif berdasarkan skema Marbach-Ad dan Sokolove (2000). Data yang dipungut dianalisis dengan berbantukan perisian komputer seperti SPSS dan Microsoft Excel. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam bilangan jumlah soalan yang dijana (1.46) di antara dua kumpulan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran dengan aras penyoalan pelajar (X2=37.75). Selain itu, pelajar yang mengikuti pembelajaran kooperatif lebih berpotensi membentuk soalan yang kreatif berbanding pelajar yang mengikuti pembelajaran individu.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1416

Actions (login required)

View Item View Item