Tahap Konsistensi Kemahiran Proses Sains Dalam Aktiviti Eksperimen Buku Praktikal Biologi Tingkatan 4

Nurhasliza, Mohammad Razali and Zahid, Mat Said (2008) Tahap Konsistensi Kemahiran Proses Sains Dalam Aktiviti Eksperimen Buku Praktikal Biologi Tingkatan 4. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap konsistensi komponen kemahiran proses sains (KPS) dalam Buku Praktikal Biologi Tingkatan 4 Zon Pantai Timur. Terdapat 12 komponen KPS yang merangkumi KPS asas dan KPS bersepadu berdasarkan KPS yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 4. Penganalisaan data dilakukan dengan mendapatkan peratusan setiap komponen KPS bagi setiap aktiviti eksperimen yang dikaji dan peratusan taburan komponen KPS secara keseluruhannya mengunakan perisian Microsoft Excel 2007. Terdapat 25 aktiviti eksperimen dalam buku praktikal yang dikaji namun kajian ini hanya tertumpu kepada 16 aktiviti eksperimen yang mempunyai prosedur sahaja. Analisis kajian yang telah dijalankan, secara umunya didapati KPS tidak berserakan secara konsisten antara satu sama lain. Peratusan taburan komponen KPS secara keseluruhan pula menunjukkan KPS 6 iaitu kemahiran berkomunikasi mendapat nilai yang tertinggi dengan nilai taburan 100% manakala KPS yang langsung tidak terdapat dalam keseluruhan 16 eksperimen termasuklah KPS 4 iaitu kemahiran membuat inferens, KPS 5 iaitu kemahiran meramalkan, KPS 9 iaitu mendefinisikan secara operasi dan KPS 11 iaitu kemahiran membuat hipotesis. Kesimpulannya, penerapan KPS yang konsisten dalam buku praktikal amatlah penting supaya penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Biologi dapat dipertingkatkan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1412

Actions (login required)

View Item View Item