Kesan Ekstrak Daun Ginseng Jawa Kepada Jumlah Sel Darah Merah Mencit

Azila, Mohamed and Haniza Hanim, Mohd Zain (2010) Kesan Ekstrak Daun Ginseng Jawa Kepada Jumlah Sel Darah Merah Mencit. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Talinum paniculatum (Ginseng Jawa) biasanya digunakan sebagai herba untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Phytosterol, saponin, flavonoid dan tannin merupakan bahan aktif yang terdapat dalam Ginseng Jawa ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan ekstrak daun Ginseng Jawa terhadap jumlah sel darah merah mencit (Mus musculus). Ekstrak daun diberikan kepada mencit mengikut 4 dos yang berbeza iaitu 0.9mg, 1.8mg, 2.7mg and 3.6mg / kg berat badan secara paksa melalui mulut selama 10 hari. Sampel darah daripada ekor mencit diambil untuk dikira bilangannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa, bilangan sel darah merah meningkat dengan peningkatan dos Ginseng Jawa yang diberikan. Analisis statistik ANOVA juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.001) di antara jumlah sel darah merah mencit yang menerima Ginseng Jawa berbanding kawalan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1410

Actions (login required)

View Item View Item