Kesan Penggunaan Modul Kecerdasan Naturalis Terhadap Pencapaian Biologi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Ismail, Mohamed Nor and Sadiah, Baharom (2008) Kesan Penggunaan Modul Kecerdasan Naturalis Terhadap Pencapaian Biologi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan Kecerdasan Naturalis (Modul KN) bagi topik mikroorganisma terhadap pencapaian Biologi pelajar tingkatan empat. Kajian ini berbentuk Quasi eksperimen yang menggunakan faktorial 2 x 2. Dua variabel yang dibandingkan iaitu jantina pelajar dan kaedah pengajaran Biologi. Modul KN dibina berpandukan model instruksi Dick & Carey (1985). Modul ini digunakan sebagai intervensi ke atas 30 pelajar Biologi dalam kumpulan eksperimen, manakala 30 pelajar lagi dalam kumpulan kawalan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian kecerdasan Naturalis (ujian KN) dan ujian pencapaian Biologi (post test). Kedua-dua instrumen menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai Cronbach alfa masing-masing 0.72 dan 0.73. Ujian kecerdasan Naturalis digunakan untuk melihat taburan skor KN pelajar dan tahap KN yang sama antara ke dua-dua kumpulan pelajar. Ujian pencapaian Biologi bertujuan untuk menilai pencapaian Biologi. Data yang didapati dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Science Sosial (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis ujian-t, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Biologi antara pelajar kumpulan eksperimen dan pelajar kumpulan kawalan (nilai t = 6.07, P < 0.05) ; pelajar lelaki kumpulan eksperimen dengan lelaki kumpulan kawalan (nilai t = 3.91, P < 0.05) dan pelajar perempuan kumpulan eksperimen dengan perempuan kumpulan kawalan (nilai t = 4.49, P < 0.05). Hasil analisis korelasi Pearson mendapati wujud hubungan yang positif (berkadar terus) antara skor KN dengan pencapaian Biologi pelajar tetapi hubungannya di tahap lemah (nilai r = 0.044, P > 0.05). Dapatan hasil kajian ini diharapkan dapat memberi idea baru kepada guru-guru untuk mengaplikasikan Modul Kecerdasan Naturalis (Multiple intelligence) sebagai satu penambahbaikan (value added) dalam pedagogi di sekolah sebagai usaha untuk melonjakkan lagi pencapaian mata pelajaran Biologi.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1408

Actions (login required)

View Item View Item