Penilaian pelaksanaan formatif di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abd Mutalib, Suzana and Ahmad, Dr. Jamil and Haji Majzub, Prof. Puan Sri Rohaty (2015) Penilaian pelaksanaan formatif di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. PhD thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pentaksiran formatif di prasekolah KPM. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP yang dikemukakan oleh Stufflebeam et al. (1971) dengan memberikan fokus kepada elemen input, proses dan output. Pendekatan kaedah kajian gabungan menggunakan kaedah kajian tinjauan dan kajian kes intrinsik. Dari segi sumber yang menyumbang kepada pelaksanaan program pentaksiran formatif, hasil kajian menunjukkan pengetahuan, kemahiran, kesan kursus terhadap kemahiran dan sikap, dan kemudahan dalam bilik darjah berada pada tahap tinggi. Sikap, kesan kursus terhadap peningkatan pengetahuan, dan peranan bahagian-bahagian KPM membantu guru-guru berada pada tahap sangat tinggi. Peranan pihak pentadbir sekolah dan PPD berada pada tahap sederhana. Dari segi proses penilaian program pentaksiran formatif, hasil kajian mendapati aspek perancangan, pembentukan aktiviti, melaksanakan pentaksiran, merekodkan data, menganalisis data dan membentuk persekitaran pentaksiran dalam bilik darjah berada pada tahap tinggi manakala aspek memberi maklum balas dan aras aktiviti berada pada tahap sangat tinggi. Dari segi penggunaan hasil pentaksiran formatif, kajian ini mendapati secara keseluruhannya, guru menggunakan maklumat pentaksiran untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berad pada tahap sangat tinggi, manakala untuk meningkatkan pembelajaran dan motivasi murid berada pada tahap tinggi. Analisis MANOVA secara keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan berdasarkan jenis sekolah dalam aspek kemahiran, sikap dan kemudahan, terdapat perbezaan berdasarkan lokasi sekolah dalam aspek pengetahuan dan kemahiran, terdapat perbezaan berdasarkan hadir kursus dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap, dan terdapat perbezaan berdasarkan jenis sekolah dalam aspek menggunakan maklumat pentaksiran untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Analisis Regresi Berganda mendapati faktor yang menyumbang kepada penggunaan hasil pentaksiran formatif ialah membentuk persekitaran pentaksiran, maklum balas, sikap, aras aktiviti, merekodkan maklumat dan membina instrumen pentaksiran. Peserta kajian kes intrinsik menunjukkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan bersikap positif, cemerlang dalam melaksanakan setiap aspek dalam elemen proses sehingga membentuk persekitaran pentaksiran telah menyerlahkan amalan pentaksiran formatif untuk dijadikan contoh kepada guru-guru lain. Implikasi kajian dalam mencapai matlamat pelaksanakan pentaksiran formatif yang berkualiti, pihak pentadbir sekolah, PPD, JPN dan bahagian-bahagian KPM perlu mengadakan kursus secara lebih kerap dan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran guru seterusnya membentuk sikap positif terhadap pentaksiran formatif. Pemantauan terhadap pelaksanaan pentaksiran perlu dibuat secara sistematik, berkala dan berterusan bagi memastikan setiap kursus memberi manfaat sepenuhnya kepada pendidikan secara keseluruhan.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Nombor panggilan: DF 422 Lokasi: Rak tesis Status: Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:33
Last Modified: 12 May 2015 09:33
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14073

Actions (login required)

View Item View Item