Kajian tentang pelaksanaan Pendidikan Jasmani sekolah-sekolah peribumi Penan di Malaysia.

Abang Hj Julhi, Abang Ismail and Salamudin, Dr Norlena (2014) Kajian tentang pelaksanaan Pendidikan Jasmani sekolah-sekolah peribumi Penan di Malaysia. PhD thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah peribumi Penan di Malaysia membina satu model pengajaran Pendidikan Jasmani sekolah-sekolah Peribumi, Penan di Malaysia. Panduan pembinaan model pengajaran yang dipelopori pakar-pakar pendidik digunakan oleh penyelidik sebagai garis panduan untuk memilih konstruk-konstruk kesesuaian kajian. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan minat ke sekolah, perubahan tingkah laku, penguasaan kemahiran dan perubahan pengetahuan pelajar di samping melihat pendekatan, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan guru untuk mengajar di sekolah-sekolah Penan di Malaysia sebagai asas pembinaan model ini. Dalam membina model ini penyelidik menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dan seramai 601 responden murid serta 180 responden guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah Penan, Sarawak. Statistik deskriptif kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis demografi responden kedua-dua responden bagi mengenal pasti pendekatan, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik yang signifikan untuk sekolah Penan Statistik inferens ujian-t, ANOVA Sehala dan ANOVA Dua Hala dan Korelasi Pearson untuk melihat perbezaan, perhubungan dan kesan interaksi terhadap minat ke sekolah, perubahan tingkah laku, pengetahuan dan penguasaan kemahiran responden murid. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina (p=.080) dan umur (p=.268) tetapi terdapat perbezaan signifikan dari segi etnik Penan (p=.014) minat ke sekolah pelajar-pelajar Penan di Malaysia. Terdapat perbezaan signifikan dari segi jantina, umur dan etnik Penan terhadap perubahan tingkah laku (p=.000). Nilai t = -4.948 dan F = -7.153 bagi perbezaan jantina. Bagi penguasaan kemahiran juga signifikan (p=.000) di mana nilai t=16.016, F=53.710. Pemboleh ubah perubahan pengetahuan nilai t=2.600 dan F=6.155 membawa kepada signifikan (p=.000). Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan factor persekitaran dan nilai r=.0260 dan saiz pelajar r=.445 dan nilai signifikan (p=.000) dengan minat hadir ke sekolah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran secara induktif (min=4.54), strategi berpusatkan sumber (min=4.41), strategi pembelajaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (min=4.32) kaedah demonstrasi (min=4.41) dan teknik soal jawab (min=4.49) sesuai dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah Penan di Malaysia. Dapatan kajian ini, membantu guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Beberapa implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan untuk kesesuaian model pengajaran Pendidikan Jasmani ini dipraktikkan di sekolah-sekolah Penan di Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: No panggilan: DF389 Lokasi: Rak tesis Status: Available
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:32
Last Modified: 12 May 2015 09:32
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14069

Actions (login required)

View Item View Item