Pembangunan Program Pendidikan Kesihatan kanak-kanak 3-6 tahun dalam pencegahan obesiti.

Ahmad Marzuki, Maziah and Rahman, Saemah and Hassan, Hamidah and Savage, Eileen (2015) Pembangunan Program Pendidikan Kesihatan kanak-kanak 3-6 tahun dalam pencegahan obesiti. PhD thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Amalan gaya hidup tidak sihat, kurang kesedaran mengenai amalan tingkah laku kesihatan, dan kurang dokumentasi aspek kesihatan dalam pendidikan kanak-kanak 3-6 tahun merupakan antara isu kesihatan yang membimbangkan, dan telah menyumbang kepada peningkatan kes kanak-kanak obesiti. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan program pendidikan kesihatan kanak-kanak 3-6 tahun dalam pencegahan obesiti. Pengumpulan data melibatkan analisis dokumen, perbincangan kumpulan fokus bersama 38 kanak-kanak 3-6 tahun, dan temu bual bersama empat pakar aktiviti fizikal, empat pakar pemakanan, empat pakar psikologi pendidikan, dan lapan guru pendidikan awal kanak-kanak. Program Pendidikan Kesihatan yang dibangunkan telah dilaksanakan selama 32 minggu ke atas 68 kanak-kanak umur 3-6 tahun, dan melibatkan juga 40 ibu bapa di satu pusat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Program ini dilaksanakan selama satu jam per sesi, tiga hari seminggu. Bagi menilai pelaksanaan program, pengumpulan data kuantitatif dilakukan sebelum program dijalankan dan setiap empat bulan sekali sepanjang 8 bulan program dilaksanakan. Dapatan kajian mendapati, pembangunan program pendidikan kesihatan yang mengandungi komponen aktiviti fizikal dan komponen pemakanan dengan aplikasi pendekatan konsep ‘mesra kanak-kanak’ adalah model yang baik, dan boleh diterima untuk digunakan ke atas populasi kanak-kanak 3-6 tahun. Dapatan kajian selepas 8 bulan program menunjukkan lebih 60% kanak-kanak berubah kepada amalan minum air kosong, makan buah, makan sayur, mengambil sarapan pagi, dan melakukan amalan aktiviti fizikal aktif dalam rutin harian kanak-kanak. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara corak pemakanan dan corak aktiviti fizikal kanak-kanak sebelum dan selepas 8 bulan program Pendidikan Kesihatan dilaksanakan. Dapat disimpulkan bahawa Program Kesihatan yang dibangunkan dalam kajian ini telah menyumbang kepada perubahan tingkah laku kesihatan dalam kalangan kanak-kanak 3-6 tahun. Secara keseluruhan, kajian ini menyokong supaya pendedahan mengenai program pendidikan kesihatan diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak sebagai usaha pencegahan obesity dalam kalangan kanak-kanak.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: No panggilan: DF419 Lokasi: Rak tesis Status: Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:32
Last Modified: 12 May 2015 09:32
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14064

Actions (login required)

View Item View Item