Hubungan Antara Minat Terhadap Amali Sains Biologi Dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kota Bharu

Hasnah, Mohamad and Maria, Salih (2007) Hubungan Antara Minat Terhadap Amali Sains Biologi Dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kota Bharu. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS) di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Bharu. Kajian ini merupakan satu gabungan kepada kaedah Causal comparative dan kaedah korelasi. Kaedah Causal comparative digunakan untuk mengkaji perbezaan minat antara gender pelajar terhadap amali sains Biologi melalui ujian t. Manakala kaedah korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan KPS dengan menggunakan ujian korelasi. Kajian ini melibatkan 120 responden yang terdiri daripada 60 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan tingkatan 4 aliran sains tulen. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak kelompok. Instrumen kajian ini iaitu soal selidik terdiri daripada tiga bahagian, iaitu maklumat pelajar, 15 soalan yang menggunakan skala Likert berkaitan minat terhadap amali sains Biologi dan 36 soalan objektif berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Keputusan yang didapati menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai minat yang positif terhadap amali sains Biologi dan memiliki tahap penguasaan KPS yang baik. Ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan minat yang signifikan secara statistik terhadap amali sains Biologi antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Bagi ujian korelasi tidak terdapat perhubungan yang signifikan secara statistik antara minat terhadap amali sains Biologi dengan tahap penguasaan KPS. Kesimpulannya, minat terhadap amali sains Biologi tidak mempengaruhi tahap penguasaan KPS pelajar tingkatan 4 di Kota Bharu.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1406

Actions (login required)

View Item View Item