Adaptasi silang budaya Ages and Stages Questionnaires: Social-Emotional (ASQ:SE) di Malaysia

Mohamed, Suziyani and Toran, Prof Madya Dr Hasnah and Majzub, Prof Puan Sri Dr Rohaty (2014) Adaptasi silang budaya Ages and Stages Questionnaires: Social-Emotional (ASQ:SE) di Malaysia. PhD thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan merupakan langkah pertama dalam perkhidmatan intervensi awal. Oleh yang demikian, kewujudan instrument saringan yang sah, dipercayai, sesuai dengan budaya dan bahasa yang digunakan di sesebuah Negara adalah penting. Membangunkan instrumen saringan yang baru sememangnya memerlukan masa yang panjang, oleh itu kaedah adaptasi silang budaya merupakan kaedah yang terbaik bagi mewujudkan instrumen yang efektif dalam masa yang singkat. Kajian ini akan mengadaptasi instrumen Ages and Stages Questionnaire: Social-Emotional (ASQ: SE) 21 hingga 53 bulan. Seramai tujuh orang pakar bahasa dan empat orang pakar perkembangan awal kanak-kanak telah dilantik bagi meneliti dan mengesahkan isu penggunaan Bahasa Melayu, kesesuaian budaya dan kesahan kandungan setiap selang umur terjemahan ASQ: SE. Setelah itu, penyelidik mengedarkan terjemahan ASQ: SE kepada 954 orang ibu bapa bagi tujuan kajian psikometrik dan epidemiological klinikal. Panel pakar bahasa yang dilantik telah mengutarakan beberapa pembetulan bagi aspek terjemahan. Manakala pakar perkembangan awal kanak-kanak pula sebulat suara bersetuju bahawa item-item yang terdapat dalam ASQ: SE sesuai dengan budaya Malaysia dan sah untuk mengukur tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Bagi kajian psikometrik, didapati terjemahan ASQ: SE mempunyai nilai ketekalan dalaman yang baik dengan nilai pekali alfa Cronbach berada dalam julat 0.67 hingga 0.80. Didapati terjemahan ASQ: SE mempunyai nilai kebolepercayaan selari yang lemah yang tidak signifikan dengan nilai r=0.140 hingga 0.217, dan nilai p>0.01. Walaubagaimanapun, terjemahan ASQ: SE didapati mempunyai tahap kebolehpercayaan item yang baik dengan nilai 0.96 hingga 0.98. Analisis Receiver Operating Characteristic (ROC) mendapati tanda aras skor keempat-empat terjemahan ASQ: SE ialah 71, 95, 100 dan 105. Kajian juga mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Analisis deskriptif yang dijalankan, mendapati majoriti mempunyai pandangan dan pendapat yang positif terhadap penggunaan ASQ: SE sebagai instrumen saringan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Dapatan ini hampir menyamai dapatan kajian kebergunaan yang dijalankan di United State. Adalah diharapkan agar instrument ASQ: SE dapat digunakan di Malaysia bagi membolehkan perkhidmatan intervensi yang bersesuaian disalurkan kepada kanak-kanak yang berisiko dan mengalami masalah perkembangan.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: No panggilan: DF407 Lokasi: Rak tesis Status: Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:32
Last Modified: 12 May 2015 09:32
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14056

Actions (login required)

View Item View Item