Penilaian amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti sukan awam pihak berkuasa tempatan dan perbadanan stadium di Malaysia

Hushin Amri, Hasnul Faizal and Salammudin, Dr. Norlena and Harun, Dr. Mohd Taib (2014) Penilaian amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti sukan awam pihak berkuasa tempatan dan perbadanan stadium di Malaysia. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti sukan awam yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Stadium di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan meninjau perbezaan amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti sukan awam berdasarkan latar belakang responden dan fasiliti serta membandingkan dua model organisasi pengurusan fasiliti sukan awam. Kajian ini didasari oleh model pengukuran keberkesanan penyelenggaraan yang telah dibangunkan oleh Cholasuke, Ramnik Bhardwa dan Jiju Antony (2004). Sampel terdiri daripada 105 orang responden kakitangan pengurusan penyelenggaraan daripada 13 PBT dan 7 Perbadanan Stadium di Malaysia. Permilihan sampel kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrument kajian adalah berbentuk soal selidik berskala Likert dan telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan yang disuaikan dengan konteks tempatan. Penganalisisan data kajian secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai. Manakala analisis secara inferensi menggunakan ujian bukan parametrik seperti ujian Mann-Whitney U, Kruskall Wallis dan Wilcoxon T. Berdasarkan analisis ujian yang dijalankan mendapati agensi PBT adalah lebih berkesan berbanding Perbadanan Stadium dalam amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti sukan awam secara keseluruhan. Bagi melihat keberkesanan amalan penyelenggaraan berdasarkan faktor keputusan ujian menunjukkan PBT lebih berkesan dalam amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti sukan awam jika dibandingkan dengan Perbadanan Stadium di Malaysia bagi faktor dasar dan struktur organisasi penyelenggaraan, perancangan dan jadual kerja penyelenggaraan, pengurusan maklumat penyelenggaraan, pengurusan sumbur manusia dan pengurusan kontrak penyelenggaraan. Walau bagaimanapin Perbadanan Stadium lebih berkesan hanya bagi faktor penambahbaikan berterusan. Analisis ujian bagi melihat pengaruh latar belakang kakitangan terhadap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan menunjukkan tiga faktor mempengaruhi tahap keberkesanan hanya bagi agensi PBT iaitu jantina, umur dan tempoh pengalaman. Manakala bagi faktor latar belakang fasiliti mendapati pendekatan penyelenggaraan yang diamalkan mempengaruhi tahap keberkesanan amalan penyelenggaraan bagi kedua agensi dan terdapat hubungan yang bererti bagi faktor umur fasiliti bagi PBT dan faktor jumlah kakitangan bagi agensi Pebadanan Stadium. Perbandingan mengenai persepsi dan dapatan tahap keberkesanan menunjukkan bahawa nilai dapatan tahap persepsi keberkesanan amalan penyelenggaraan responden adalah lebih tinggi daripada tahap keseluruhan keberkesanan penyelenggaraan. Satu penarafan berdasarkan pencapaian bagi setiap faktor mendapati daripada Sembilan faktor bagi kedua-dua agensi, tujuh faktor berada hanya pada tahap memuaskan dan dua faktor berada pada tahap yang tidak berkesan. Beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan bagi membantu agensi terbabit menilai kekuatan dan kelemahan perancangan pengurusan penyelenggaraan yang diamalkan.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Nombor panggilan : DF 412 Lokasi : Rak tesis Status : Available
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:31
Last Modified: 12 May 2015 09:31
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14030

Actions (login required)

View Item View Item