Pembinaan dan pelaksanaan modul aktiviti seni kreatif (dalam bidang seni visual) untuk pendidikan prasekolah

Ling, Pik Kuong and Puteh , Dr Sharifah Nor and Toran, Dr. Hasnah (2014) Pembinaan dan pelaksanaan modul aktiviti seni kreatif (dalam bidang seni visual) untuk pendidikan prasekolah. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pengalaman intensif dalam aktiviti seni merupakan alat asas bagi perkembangan pemikiran kreatif dan nilai estetik. Untuk merealisasikan perkembangan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual pendidikan prasekolah, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah Modul Aktiviti Seni Kreatif (ASK) yang berlandaskan prinsip amalan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Modul ASK yang dihasilkan memfokuskan kepada bidang seni visual untuk aktiviti menggambar, mencorak, melukis, membentuk dan membuat binaan. Kajian dibuat dalam tiga fasa: persediaan, pelaksanaan, dan penilaian. Dalam fasa persediaan, kajian lepas dan literatur digunakan untuk menbangunkan panduan pelaksanaan ASK. Kemudian dalam fasa pelaksanaan, pengkaji telah mengadaptasikan reka bentuk kajian tindakan kolaboratif Model Kemmis & McTaggart bagi memurnikan draf modul serta mengenalpasti amalan dan praktis guru yang bersesuaian dengan pelaksanaan ASK. Sebuah prasekolah Institut Pendidikan Guru di Miri, Sarawak dipilih sebagai lokasi kajian. Seorang guru prasekolah tersebut dilantik sebagai pelaksana ASK dengan 3 orang murid prasekolah sebagai peserta kajian. Setelah dua belas kitaran kajian tindakan, pengkaji telah mengenalpasti langkah yang berorientasi proses untuk perkembangan domain kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual. Langkah-langkah ini dinamakan Konsep 5K yang bermula dengan peringkat kesensitifan, kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Dapatan kajian pelaksanaan ASK juga menunjukkan bahawa pelaksana ASK yang tidak terlalu didaktik dalam amalan pengajaran, tidak mengarah dan tidak menghakimi di samping meminimumkan kekangan bagi membangkitkan motivasi tinggi kanak-kanak akan membekalkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan dan menjayakan perkembangan kreativiti murid. Dalam fasa penilaian pula, pengkaji telah menggunakan reka bentuk tinjauan bagi memastikan kebolehgunaan draf Modul ASK. Seramai 50 orang guru prasekolah telah mengisi borang soal selidik dan 5 daripada guru prasekolah ini telah ditemu bual. Dpatan fasa penilaian ini menunjukkan bahawa pengguna Modul ASK ini memberi pengiktirafan tinggi dalam penilaian Modul ASK. Aktiviti Seni Kreatif yang dibangunkan berlandaskan konsep 5K dikenal pasti mampu membekalkan pengalaman pembelajaran ke arah pemikiran kreatif dan inovatif dalam pendidikan prasekolah. Cadangan penambahbaikan yang dikemukakan melalui sesi temu bual memberi input dalam menghasilkan Modul Prototaip ASK. Adalah diharapkan Modul Prototaip ASK yang dihasilkan boleh dijadikan panduan dan rujukan guru prasekolah untuk perkembangan domain kreativiti kanak-kanak melalui Aktiviti Seni Kreatif dalam pendidikan prasekolah.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Nombor panggilan : DF 377 Lokasi : Rak tesis Status : Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:30
Last Modified: 12 May 2015 09:30
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14025

Actions (login required)

View Item View Item