Instrumen pentaksiran kesediaan murid prasekolah (IPKP): Pembinaan dan kesahan

Sukani, Mohemed Ayob and Mohd Majzub, Prof Puan Seri Dr. Rohaty (2014) Instrumen pentaksiran kesediaan murid prasekolah (IPKP): Pembinaan dan kesahan. PhD thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen pentaksiran ‘kesediaan’ murid prasekolah (IPKP). Reka bentuk kajian melibatkan kaedah kuantitatif, yang mengemukakan empat domain ‘kesedian’ prasekolah murid di prasekolah iaitu domain psikomotor, domain bahasa dan komunikasi, domain kognitif, dan domain sosioemosi, bagi sampel umur antara 4+ tahun hingga 5+ tahun. Untuk mencapai objektif kajian, proses pembinaan instrumen melibatkan tiga peringkat, iaitu Peringkat Mereka Bentuk, Peringkat Pembinaan, dan Peringkat Pengesahan. Pada peringkat pertama kajian, keperluan mereka mereka bentuk item diperolehi melalui rujukan pakar (content expert dan practioner expert) pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak dan kajiselidik terhadap pengamal, yakni guru prasekolah serta rujukan dokumen dan penganalisaan ke atas instrumen-instrumen pentaksiran ‘kesediaan’ sedia ada. Selepas definisi operasi setiap domain ‘kesediaan’ dikenalpasti, jadual spesifikasi item (JSI) bagi instrumen dibina berdasarkan definisi operasional. Pada peringkat kedua, pembinaan item instrumen melibatkan penulisan item berdasarkan JSI. Panel pakar diminta menyemak 134 item bagi memastikan item-item sesuai dengan empat domain kajian. Item-item disemak semula dan dimurnikan berdasarkan cadangan panel pakar dan menggugurkan sejumlah 54 item. Kajian rintis pertama ditadbir ke atas 107 murid prasekolah menggunakan instrumen IPKP semakan saringan ke-2 dengan 80 item, menemukan nilai Alpha Cronbach = 0.8430. Analisis kebolehpercayaan dan kesahan instrumen dilakukan dan analisis menggugurkan 40 item. Selanjutnya bagi kajian rintis kedua dengan IPKP saringan ke-3, kajian ini melibatkan sampel seramai 911 orang murid prasekolah dari 43 buah sekolah kebangsaaan di empat daerah negeri Selangor, yang dipilih secara persampelan rawak bersrata , dengan melibatkan lokasi luar Bandar dan Bandar, menemukan capaian nilai Alpha Cronbach = 0.9169. Analisis data menggunakan program SPSS versi 11.5. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan KR20 bagi empat domain berada antara 0.9070 dan 0.9364. Kebolehpercayaan uji dan uji semula menunjukkan korelasi signifikan di mana indeks antara 0.862 dan 0.908. Kebolehpercayaan antara pemeriksa menunjukkan korelasi signifikan di mana indeks adalah antara 0.986 dan 0.998. Manakala, kebolehpercayaan ujian bahagi dua pula menunjukkan nilai korelasi item-item instrumen adalah 0.8825. Kesahan panel pakar dan kesahan konstruk adalah menggunakan analisis faktor penerokaan, serta korelasi item dengan jumlah skor dan antara item. Indeks kesukaran (IK) item adalah antara 0.40 dan 0.53, manakala indeks diskriminasi (ID) item adalah antara 0.44 dan 0.66. Proses analisis tambahan ke atas instrumen IPKP adalah melibatkan analisis normaliti taburan skor. Justeru, instrumen yang dibina beserta manual dan rubrik penskoran skala 0-3, didapati memenuhi cirri-ciri psikometrik dan metrikrubrik sebuah instrumen yang boleh digunakan sebagai instrumen pentaksiran ‘kesediaan’ murid prasekolah.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Nombor panggilan: DF 368 Lokasi: Rak Tesis Status: Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood
Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:28
Last Modified: 12 May 2015 09:28
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14016

Actions (login required)

View Item View Item