Penggunaan CBAM untuk menilai pengajaran guru dalam inovasi kurikulum prasekolah.

Abd Salam, Kamarul Azman and Puteh, Dr Sharifah Nor and Ahmad, Dr Jamil (2013) Penggunaan CBAM untuk menilai pengajaran guru dalam inovasi kurikulum prasekolah. PhD thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai keprihatinan guru terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum prasekolah melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) khususnya dalam pengajaran Sains Awal. Bagi tujuan ini Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concern-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenalpasti Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern,SoC), Tahap Penggunaan inovasi (Level of Use,LoU), dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration,IC) dalam pelaksanaan KSPK. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kaedah bercampur dengan menggabungkan kutipan data berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Responden kajian berjumlah 385 orang guru prasekolah untuk kajian tinjauan peringkat keprihatinan dan 8 orang guru sebagai subjek kajian kualitatif untuk menilai tahap penggunaan inovasi dan konfigurasi inovasi. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data peringkat keprihatinan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (ANOVA Dua Hala) manakala data tahap penggunaan inovasi dan konfigurasi inovasi dianalisis dengan membuat perbandingan secara konstan dan matriks. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan guru-guru berada pada peringkat Keprihatinan PK0 kesedaran. Guru-guru di bandar pula menunjukkan peringkat keprihatinan yang lebih tinggi berbanding guru-guru di luar bandar. Manakala tidak terdapat perbezaan peringkat keprihatinan berdasarkan kelayakan ikhtisas berkelulusan sijil perguruan dan ijazah. Analisis dapatan kajian kualitatif pula menunjukkan tahap penggunaan inovasi kurikulum guru berada pada julat aras 0 tiada penggunaan hingga aras II persediaan sahaja iaitu non-user. Dapatan menunjukkan guru-guru telah prihatin tetapi mempunyai sedikit pengetahuan dan masih lagi mencari-cari maklumat berkaitan inovasi kurikulum. Manakala analisis dapatan konfigurasi inovasi pula menunjukkan guru-guru mengamalkan lebih daripada lima komponen kritikal dalam KSPK dan mereka cenderung ke arah melakukan ubah-suai (mutual adaptation) dalam pengajaran Sains Awal mengikut situasi kontekstual mereka.Hasil kajian ini membantu perencana kurikulum untuk merancang program intervensi khususnya bagi menyokong serta memandu guru dalam proses pelaksanaan perubahan kurikulum. Suatu "Lonjakan Saujana" atau "Giant Leap" diperlukan bagi meningkatkan intensiti keprihatinan guru,tahap penggunaan inovasi dalam kalangan guru prasekolah demi memastikan keberkesanan perubahan kurikulum khususnya pelaksanaan KSPK.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Lokasi: Rak Tesis No Panggilan: DF345 Status: Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:28
Last Modified: 12 May 2015 09:28
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/14002

Actions (login required)

View Item View Item