Perkaitan Orientasi Matlamat Terhadap Pencapaian Atlit Hoki Upsi Di Masum

Samihah, Md Nor and Julismah, Jani (2007) Perkaitan Orientasi Matlamat Terhadap Pencapaian Atlit Hoki Upsi Di Masum. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti perkaitan orientasi matlamat terhadap pencapaian atlit hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris di MASUM. Orientasi matlamat yang dikaji terbahagi kepada dua iaitu orientasi tugasan dan orientasi ego. Persampelan subjek kajian terdiri daripada atlit hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mewakili universiti ke peringkat MASUM. Jumlahnya adalah seramai 40 orang xii yang terdiri daripada 24 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Subjek berumur antara 19 hingga 30 tahun. Instrumen kajian ini adalah berdasarkan kepada soal selidik The Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ), oleh Duda dan Whitehead (1998). Hasil daripada keputusan ujian t menunjukkan pelajar lelaki (M=1.3750, SD=0.49454). Manakala keputusan bagi pelajar perempuan pula adalah (M=1.0625, SD=0.25000), (t=2.330, p=0.25), p>0.05 adalah tidak signifikan menandakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan corak orientasi matlamat mengikut jantina. Ujian ANOVA pula menunjukkan skor min dan sisihan piawai orientasi pencapaian matlamat mengikut umur. Bagi kumpulan umur 19-21 tahun menunjukkan min=1.1818, s.p=0.40425. Bagi umur 22-24 tahun menunjukkan min=1.4118, s.p=0.50730. Manakala bagi umur 25-27 tahun menunjukkan nilai min=1.100, s.p=0.31623. Bagi umur 28-30 pula menunjukkan min=1.000, s.p=0.0000. Nilai p=0.224 di mana p>0.05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara corak orientasi matlamat dengan umur pelajar atlit hoki UPSI. Bagi mengenalpasti perkaitan orientasi matlamat terhadap keputusan pencapaian sukan subjek, prosedur Bivariate Correlations telah digunakan. Didapati bahawa r=0.856, menunjukkan terdapat hubungan positif pada tahap yang tinggi (Johnson & Nelson, 1994) antara skor orientasi matlamat dengan pencapaian sukan subjek. Ujian signifikan mengesahkan bahawa hubungan yang ditunjukkan adalah signifikan apabila r=0.856, p<0.05, p=0.030. Secara keseluruhannya, analisa menunjukkan terdapat perkaitan di antara orientasi matlamat dengan terhadap pencapaian atlit hoki UPSI di MASUM.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: ?? Ac4 ??
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1399

Actions (login required)

View Item View Item