Profil kecerdasan pelbagai, stail pembelajaran dan pencapaian akademik guru pelatih

Md Nasir, Mastura and Mohd Majzub, Prof. Puan Sri Dr Rohaty (2014) Profil kecerdasan pelbagai, stail pembelajaran dan pencapaian akademik guru pelatih. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan pelbagai, stail pembelajaran dan pencapaian akademik guru pelatih pengkhususan prasekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian akan melihat perbezaan kecerdasan pelbagai dominan dan stail pembelajaran dominan berdasarkan umur dan semester pengajian. Kajian turut melihat hubungan dan sumbangan kecerdasan pelbagai dominan dan stail pembelajaran dominan ke atas pencapaian akademik guru pelatih. Bagi mencapai tujuan tersebut, satu kajian tinjauan yang melibatkan sampel seramai 121 orang guru pelatih semester lima dan 88 orang guru pelatih semester tujuh yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pengkhususan prasekolah (PISMP) di empat buah IPGM telah dijalankan. Kajian ini menggunakan instrumen Ujian Kecerdasan Pelbagai Remaja Malaysia (UKPRM) atau Malaysia Adolescent Multiple Intelligences Test (MAMIT) dan instrument Stail Pembelajaran Grasha (1996). Profil kecerdasan pelbagai mendapati kecerdasan kercerdasan kerohanian, kecerdasan Interpersonal dan kecerdasan Intrapersonal dominan dalam kalangan guru pelatih. Stail Pembelajaran kolaboratif dan Stail Pembelajaran Kompetetif juga dominan dalam stail pembelajaran guru pelatih. Hasil analisis statistik menunjukkan, kecerdasan pelbagai dominan kecuali kecerdasan interpersonal tidak menunjukkan perbezaan dalam kumpulan umur dan semester pengajian guru pelatih. Melalui ujian pos-hoc Tukey HSD, didapati guru pelatih pada usia matang mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam kecerdasan interpersonal. Hasil kajian perbandingan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam stail pembelajaran dominan berdasarkan faktor umur dan semester pengajian. Hasil analisis korelasi Spearman Rho mendapati kecerdasan dominan dan stail pembelajaran dominan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, didapati bakal-bakal guru prasekolah di IPGM mempunyai kecenderungan kecerdasan yang sesuai dengan ciri-ciri seorang guru dan diyakini mampu menjalankan tugas dengan kompeten. Didapati juga berlaku penyesuaian stail pembelajaran guru pelatih dengan keperluan dan struktur kursus di IPGM

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Nombor panggilan : 572 Lokasi : Rak tesis Status : Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:25
Last Modified: 12 May 2015 09:25
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13962

Actions (login required)

View Item View Item