Kesan Penggunaan Laman Web Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi Di Kalangan Pelajar Biologi Tingkatan Empat

Mohd Asraf, Md Ishak and Fatimah, Mohamed (2008) Kesan Penggunaan Laman Web Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi Di Kalangan Pelajar Biologi Tingkatan Empat. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini ditadbir bagi menyelidik kesan penggunaan laman web dalam proses pengajaran dan pembelajaran Biologi di kalangan pelajar Biologi tingkatan empat. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif yang bersifat kajian eksperimen secara kuasi. Seramai 60 orang pelajar Biologi tingkatan empat di sebuah sekolah menengah agama di daerah Petaling telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan berkelompok iaitu 30 orang pelajar diambil bagi mewakili kumpulan kawalan manakala 30 orang pelajar lagi diambil bagi mewakili kumpulan eksperimen. Kajian ini menggunakan ujian pencapaian yang mengandungi 10 soalan esei pendek berkenaan sub-topik 9.2 iaitu The Greenhouse Effect and the Thinning of the Ozone Layer. Setiap soalan ini diberi 4 markah. Bagi menguji kebolehpercayaan ujian ini, kajian rintis dilakukan. Semua data yang diperoleh telah dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Bagi analisis secara diskriptif, nilai min dan sisihan piawai dikira. Sementara itu, bagi analisis secara inferensi, independent samples t-test dan paired-samples t-test digunakan bagi menjawab kedua-dua persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor markah ujian pos kumpulan eksperimen di antara pelajar lelaki dan perempuan apabila nilai t bersamaan dengan -4.178 dan nilai signifikan (kebarangkalian) bersamaan dengan 0.000. Selain itu, wujud perbezaan yang signifikan antara min skor markah ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen apabila nilai t bersamaan dengan -15.379 dan nilai signifikan (kebarangkalian) bersamaan dengan 0.000.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1396

Actions (login required)

View Item View Item