Penyediaan dan pelaksanaan modul bertema berasaskan projek melalui kajian tindakan kolaboratif.

Ser, Pui Feng and Puteh, Dr. Sharifah Nor and Mohamad Yasin, Prof. Madya. Dr. Ruhizan (2014) Penyediaan dan pelaksanaan modul bertema berasaskan projek melalui kajian tindakan kolaboratif. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pendidikan awal kanak-kanak menekankan kepentingan belajar secara bermakna dan menyeronokkan untuk perkembangan kanak-kanak secara holistik. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBPj) adalah diantara pendekatan yang disarankan kerana aktiviti projek yang melibatkan kanak-kanak secara aktif dapat menyumbang kepada perkembangan intelek dan kognitif, bahasa dan komunikasi, fizikal, sosial serta kesejahteraan mental dan emosi kanak-kanak. Kajian yang mengguna pakai rekabentuk kajian tindakan kolaboratif ini bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran guru dalam perlaksanaan PBPj dan menilai keberkesanan hasil pembelajaran terhadap perkembangan kanak-kanak.Perlaksanaan PBPj menggunakan modul prototaip yang dibangun berlandaskan kepada Developmenttally Appropriate Practices (DAP) atau amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan kanak-kanak untuk tema "Deria Saya". Kajian telah dijalankan di tadikan Tunas Permata, Fakulti Pendidikan UKM melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak berumur empat tahun dan seorang guru sebagai rakan kolaborasi. Instrumen kajian adalah senarai semak, nota lapangan dan protokol temu bual. Pemerhatian dan temu bual telah dijalankan mengikut kitaran kajian tindakan kolaboratif pada setiap fasa dalam pendekatan PBPj. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan dibincangkan. Refleksi daripada guru pelaksana dan pengkaji telah mengubah amalan pengajaran guru. Melalui pelbagai aktiviti projek semua kanak-kanak boleh dilibatkan secara aktif yang boleh menyokong domain perkembangan kanak-kanak dalam kognitif, bahasa dan komunikasi, fizikal, sosial, emosi, estetika dan kreativiti. Input daripada kajian tindakan kolaboratif telah diguna untuk memurnikan modul prototaip PBPj sebagai penduan kepada guru. Analisis dapatan daripada penilaian pakar dan guru prasekolah menunjukkan modul prototaip PBPj yang dihasilkan sesuai untuk digunakan oleg guru-guru sebagai panduan bagi melaksanakan PBPj di peringkat prasekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Nombor panggilan : 557 Lokasi : Rak tesis Status : Available
Subjects: Childhood Education > Early Childhood Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:21
Last Modified: 12 May 2015 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13950

Actions (login required)

View Item View Item