Motif penglibatan, impak penglibatan dan tahap kepuasan diri dalam kalangan sukarelawan sukan institusi pengajian tinggi.

Mohamed Alaudin, Aisyah Nadirah and Dr. Tajul Arifin, Muhammad (2014) Motif penglibatan, impak penglibatan dan tahap kepuasan diri dalam kalangan sukarelawan sukan institusi pengajian tinggi. Masters thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Sukarelawan adalah satu sumber utama bagi menguruskan serta menjalankan fungsi dan tugasan sesebuah acara sukan. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik motif yang mempengaruhi penglibatan sukarelawan sukan institusi pengajian tinggi.Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti motif penglibatan sukarelawan iaitu kerjaya, sosial, nilai, pemahaman, peningkatan dan perlindungan yang menyumbang kepada impak penglibatan dan tahap kepuasan diri sukarelawan. Seramai 60 orang sukarelawan bagi Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2012) yang terdiri daripada 26 lelaki dan 34 perempuan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah dijadikan responden utama dalam penyelidikan ini. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diubah suai daripada Volunteer Function Inventory (VFI) oleh Clary et.al (1998) diguna pakai bagi menguji motif individu untuk menjadi sukarelawan melalui pendekatan teori fungsi. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi motif penglibatan sukarelawan adalah bagi motif pemahaman (M=4.05) diikuti motif nilai (M=4.03). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penglibatan yang bermotifkan nilai (t=2.06, p<0.05), dan pemahaman (t=2.24,p<0.05) berdasarkan jantina. Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa motif peningkatan merupakan faktor motivasi yang paling menyumbang kepada impak penglibatan sukarelawan, manakala motif nilai pula adalah faktor motivasi yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Dapatan kajian ini bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman terhadap tahap motivasi dalam kalangan sukarelawan.Dapatan kajian ini juga akan dapat membantu setiap organisasi atau badan sukarela untuk merancang program pengambilan sukarelawan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti sukarelawan yang sedia ada demi memastikan kejayaan penganjuran sesebuah acara sukan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Nombor panggilan:529 Lokasi: Rak tesis Status: Available
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:06
Last Modified: 12 May 2015 09:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13933

Actions (login required)

View Item View Item