Gaya hidup dan tahap kecergasan fizikal: Satu perbandingan di antara atlet murid orang asli dan atlet murid bukan orang asli

Amirudin, Zahiruddin and Harun, Dr. Mohd Taib (2014) Gaya hidup dan tahap kecergasan fizikal: Satu perbandingan di antara atlet murid orang asli dan atlet murid bukan orang asli. Masters thesis, UKM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perbandingan di antara faktor gaya hidup dan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dalam kalangan atlet murid orang asli dan atlet murid bukan orang asli yang bersekolah di lapan buah Sekolah Kebangsaan sekitar Negeri Sembilan. Terdapat lima konstruk gaya hidup yang dinilai menggunakan soal selidik iaitu pemakanan, tingkah laku senaman, aktiviti senggang, tingkah laku menyimpang dan pengurusan stres. Sementara itu, bagi instrumen ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan iaitu Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) digunakan bagi menilai tahap kecergasan fizikal sampel dengan melibatkan pengujian Daya Tahan Kardiovaskular (Naik Turun Bangku), Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot Bahu (Tekan Tubi dan Tekan Tubi Suaian), Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot Abdomen (Ringkuk Tubi Separa), Fleksibiliti (Jangkauan Melunjur) dan Ideks Jisim Badan (BMI). Seramai 160 atlet murid orang asli dan atlet murid bukan orang asli dipilih sebagai sampel kajian dengan atlet yang menjadi sampel sekurang-kurangnya mewakili sekolah dalam bidang sukan yang diceburi. Semua data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package of Social Science 17.0 Professional Edition (SPSS 17.0). Hasil daripada pengujian hipotesis yang menggunakan Ujian Korelasi Spearman untuk melihat hubungan di antara gaya hidup dan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan atlet murid orang asli mendapati nilai hubungan yang signifikan (r=0.300, p<0.05). Dapatan ini membawa maksud bahawa semakin baik gaya hidup yang dilalui oleh atlet murid orang asli maka semakin baik tahap kecergasan fizikal mereka. Berbeza dengan dapatan atlet murid bukan orang asli menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan. Hasil analisis kajian Ujian T Bersandar menunjukkan nilai signifikan (t=4.841, p<0.05). Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kecergasan fizikal dalam kalangan atlet murid orang asli dan atlet murid bukan orang asli berdasarkan kaum. Ini menunjukkan bahawa atlet murid orang asli lebih cergas jika dibandingkan dengan atlet murid bukan orang asli.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Nombor panggilan: 514 Lokasi: rak tesis Status: Available
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Penyelaras Pusat Sumber Fakulti Pendidikan,UKM
Date Deposited: 12 May 2015 09:29
Last Modified: 12 May 2015 09:29
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13926

Actions (login required)

View Item View Item