Kajian Histologi Akibat Pengambilan Ginseng Jawa (talinum Paniculatum) Ke Atas Mencit (mus Musculus)

Noor Asmalina, Mazlan and Haniza Hanim, Mohd Zain (2010) Kajian Histologi Akibat Pengambilan Ginseng Jawa (talinum Paniculatum) Ke Atas Mencit (mus Musculus). ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Ginseng Jawa (Talinum paniculatum) ialah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai kandungan kimia dan morfologi tumbuhan yang hampir menyamai Ginseng Korea dan Cina. Walau bagaimanapun penggunaan Ginseng Jawa yang berlebihan dikatakan akan menyebabkan kemudaratan kepada pengguna. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesan kepada organ hati, ginjal dan usus akibat daripada pengambilan Ginseng Jawa. Dos Ginseng Jawa yang berbeza diberi secara suap paksa kepada mencit iaitu sebanyak 0.9mg/ berat badan, 1.8mg/berat badan, 2.7mg/berat badan dan 3.6mg/berat badan masing-masing selama 2, 4, 6 atau 8 hari. Pembedahan dilakukan dan organ seperti hati, ginjal dan usus diambil untuk persiapan slaid tisu haiwan. Di samping itu, berat dan saiz hati juga turut diambil. Hasil kajian menunjukkan bahawa berat dan saiz hati mencit eksperimental meningkat secara signifikan berbanding dengan berat dan saiz hati mencit normal (p=0.001). Nilai pekali korelasi antara berat dan saiz hati berbanding dos adalah 0.9442 (korelasi positif). Terdapat perubahan pada tisu ginjal dan hati namun tiada perubahan tisu yang ketara pada usus. Secara kesimpulannya, pengambilan Ginseng Jawa secara berterusan pada dos yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal dan hati.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1392

Actions (login required)

View Item View Item