Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan kreatif (kbkk) Dalam Proses Pengajaran Guru kemahiran Hidup.

Abdul Aziz, Azam Azizuddin and Nordin, Mohd Safarin (2008) Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan kreatif (kbkk) Dalam Proses Pengajaran Guru kemahiran Hidup. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran guru Kemahiran Hidup di lapan buah sekolah menengah Zon Skudai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam kalangan guru semasa set induksi, penyampaian isi pelajaran, melakukan amali, menutup pengajaran dan semasa membuat penilaian terhadap pelajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 44 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Sebelum digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaannya melalui kajian rintis dan nilai kebolehpercayaannya ialah 0.84. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 11.5 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) ini berada pada tahap yang tinggi.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08915
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:47
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13749

Actions (login required)

View Item View Item