Tahap Kebolehan Visualisasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian Biasa Di Daerah Johor Bahru.

Mahmud, Aimi Yasmin and Nordin, Mohd Safarin (2009) Tahap Kebolehan Visualisasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian Biasa Di Daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehan visualisasi pelajar-pelajar di sekolah menengah harian biasa di daerah Johor Bahru terutamanya terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Selain daripada itu juga, penyelidik mengkaji perbezaan tahap kebolehan visualisasi merentas usia, jantina, dan bangsa . Kajian ini juga mengkaji jenis-jenis aktiviti berbentuk manipulasi ruang dominan yang pernah dimainkan pelajar-pelajar ini berdasarkan tahap kebolehan visualisasi mereka. Teori asas yang akan digunakan dalam kajian ini ialah teori Kognitif Jean Piaget. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada soal selidik demografi responden dan dua jenis ujian pencapaian kebolehan ruang. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan Perisian SPSS versi 16.0.1. Data dianalisis dalam bentuk frekuensi, peratusan, kekerapan, ANOVA dan ujiant. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebolehan visualisasi pelajar dari aspek menggabungkan bentuk-bentuk dua dimensi adalah pada tahap yang sederhana tinggi manakala dari aspek memutar secara mental adalah pada tahap yang rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kebolehan visualisasi pelajar merentas usia, jantina dan bangsa. Aktiviti berbentuk manipulasi ruang membantu dalam perkembangan kebolehan visualisasi seseorang pelajar. Kesimpulannya, pembelajaran visual penting untuk meningkatkan tahap kebolehan visualisasi seseorang pelajar, yang merupakan cara pengajaran dan pembelajaran yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur, jantina dan bangsa yang berhubung dengan cara berfikir dan belajar seseorang pelajar itu.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08911
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:47
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13745

Actions (login required)

View Item View Item