Pembangunan Sistem Pemarkahan Dalam Talian Bagi Mata Pelajaran Pengukuran Dan Penilaian Dalam Ptv

Abd Ghafar, Mohd Zulhilmi and Sidek, Rosni Zamuddin Shah (2009) Pembangunan Sistem Pemarkahan Dalam Talian Bagi Mata Pelajaran Pengukuran Dan Penilaian Dalam Ptv. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian sistem pemarkahan dalam talian bagi mata pelajaran Pengukuran Dan Penilaian Dalam PTV, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam membantu menguruskan proses pemarkahan di mana skop utama ialah kepada keputusan ujian dan tugasan pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver CS3 dan MySQL sebagai perisian utama. Sistem pemarkahan dalam talian yang dibangunkan ini akan memberikan perubahan yang ketara terhadap sistem paparan pemarkahan sekarang yang menggunakan kaedah manual dan bukan secara dalam talian. Ia membuka ruang baru yang akan membantu pihak pensyarah memaparkan keputusan pemarkahan pelajar secara efisien dan efektif. Sistem ini adalah satu pelaburan yang bijak yang bertindak sebagai resolusi komprehensif, di mana implementasinya akan mengurangkan beban pengurusan data, menjimatkan masa dan membolehkan pelajar menyemak keputusan ujian mereka secara dalam talian dengan pantas. Dengan adanya sistem pemarkahan dalam talian ini, diharap akan membantu kepada penyelidikan pada masa hadapan untuk meningkatkan sistem ini bagi kegunaan semua mata pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dan dijadikan satu sistem yang utama dalam memantau pengurusan pemarkahan mata pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08897
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13731

Actions (login required)

View Item View Item