Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) bagi Subjek Kecergasan Fizikal

Sobri, Muhammad Faqhri and Mohd Nor, Mohad Anizu (2009) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) bagi Subjek Kecergasan Fizikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Dewasa ini pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Strategi pembelajaran berasaskan komputer menjadi sumber alternatif bagi memahami sesuatu pelajaran. Projek ini bertujuan membangunkan satu perisian tutorial pendidikan bertajuk Kecergasan Fizikal. Perisian ini boleh digunakan sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk Kecergasan Fizikal. Perisian ini mempermudahkan pembelajaran dan digambarkan dengan menggunakan elemen-elemen multimedia iaitu grafik, animasi, video, flash dan audio yang menarik. Tajuk-tajuk yang disentuh merangkumi pengenalan kecergasan, kecergasan berasaskan kesihatan, kecergasan berasaskan kemahiran, latihan-latihan kecergasan dan ujian-ujian kecergasan. Selain itu, PBK ini dibangunkan berdasarkan Model Addie dengan mengabungkan teori pembelajaran iaitu teori Behaviorisme. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan pengarangan perisian Macromedia Authorware 7.0 dibantu perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS2, Adobe Premiere Element 2.0, Ulead Video Studio 8, Swish Max 2, dan semua operasi Microsoft Windows XP.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08889
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Physics Education > Physics Education
Educational Technology > ICT
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13723

Actions (login required)

View Item View Item