Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Bagi Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

Yahya, Mastura and Ibrahim, Halijah (2009) Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Bagi Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor bagi Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah. Seramai 10 orang pemain bola keranjang dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan enam komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor iaitu ketangkasan, kepantasan, keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi. Ujian - ujian yang digunakan adalah Ujian Menggelecek Bola Keranjang bagi komponen koordinasi, Ujian Lari Pecut 30 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau bagi komponen keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik bagi komponen ketangkasan, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi dan Ujian Lompat Menegak bagi komponen kuasa. Subjek menjalani Ujian Pra, program latihan khusus Bola Keranjang selama 6 minggu dan diikuti dengan Ujian Pos. Semua data yang diperolehi daripada ujian yang dilakukan oleh sampel direkodkan di dalam borang skor dan ditetapkan pencapaian berdasarkan norma yang telah ditetapkan. Program SPSS 15 (Statistical Packages for Social Science) dan Microsoft Office Excel 2003 digunakan untuk menganalisis prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos untuk kesemua ujian kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor, Ujian Menggelecek Bola Keranjang memperolehi (t = 6.68, p = 0.00), Ujian Lari Pecut 30meter (t = 2.70, p = 0.024), Ujian Dirian Bangau (t = -3.72, p = 0.005), Ujian Lari Ulang Alik (t = 7.72, p = 0.000), Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson (t = 2.88, p = 0.018) dan Ujian Lompat Menegak (t = -3.69, p = 0.005). Kesimpulannya, program latihan selama 6 minggu dapat mempengaruhi prestasi kemahiran motor bagi Pasukan Bola Keranjang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08885
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13719

Actions (login required)

View Item View Item