Tahap Pengetahuan Pemakanan Dan Amalan Pemakanan Di Kalangan Pelajar Program Pengurusan Perniagaan Semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bee Hun, Law and Shakinaz, Desa (2005) Tahap Pengetahuan Pemakanan Dan Amalan Pemakanan Di Kalangan Pelajar Program Pengurusan Perniagaan Semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan di kalangan pelajar Program Pengurusan Perniagaan Semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijalankan ke atas 35 orang responden. Pemilihan responden adalah secara rawak. Kajian tinjauan ini meliputi tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan yang diamalkan oleh responden yang bukan daripada aliran Sains. Hasil analisis menunjukkan sumber pengetahuan pemakanan responden adalah diperolehi daripada ibu bapa, buku dan majalah. Bagi tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan responden adalah baik. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa responden yang bukan daripada aliran Sains ini mempunyai tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan yang baik. Hubungan di antara tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan adalah rendah iaitu .108. Ini menunjukkan bahawa perhubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut adalah kurang kuat dan tiada perhubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Maka, di sini kita dapat mengetahui bahawa responden tidak mengaplikasikan pengetahuan pemakanan dalam kehidupan seharian.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1370

Actions (login required)

View Item View Item