Pembangunan Perisian Multimedia lukisan Pengorakan

Yahya, Muhammad Fahmi and Yeo, Kee Jiar (2009) Pembangunan Perisian Multimedia lukisan Pengorakan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan alat bantu mengajar yang amat berkesan. Namun begitu perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran Lukisan Kejuteraan khususnya bagi tajuk Lukisan Pengorakan amat kurang pada masa kini. Pembelajaran menggunakan PPBK adalah bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran dan mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bertajuk Lukisan Pengorakan. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Authorware 7.0, dibantu dengan pelbagai perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8.0, Autocad 2005, Sound Forge 7, Swishmax 2007, Adobe Photoshop CS dan Adobe Image Ready CS. Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran Lukisan Kejuteraan Tingkatan Lima dan buku teks. Kandungan pelajaran yang dipilih ialah konsep lukisan pengorakan, jenis, kaedah lukisan selari dan jejari. Perisian ini juga menerapkan konsep pembelajaran kendiri untuk memberi peluang kepada pelajar persekitaran yang menyeronokkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08856
Subjects: Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13690

Actions (login required)

View Item View Item