Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Terengganu

Abdul Rasid, Sam @ Mohd Adlisham and Md Johan, Othman (2008) Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Terengganu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status penerapan kemahiran generik dalam mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Responden terdiri daripada 120 orang guru yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup di 12 buah sekolah yang terpilih. Mereka telah diberikan satu set soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya dengan nilai Cronbach Alpha 0.813. Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS 15.0 untuk menentukan kekerapan, peratus dan min. Selain daripada itu, ujian t telah dijalankan untuk menganalisis perbezaan perbezaan dalam penerapan kemahiran generik berdasarkan jantina. Sementara ANOVA pula telah digunakan untuk melihat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik berdasarkan pengkhususan. Keputusan yang di dapati pada umumnya menunjukkan guru-guru kemahiran hidup telah menerapkan kemahiran generik dalam rancangan pengajaran dan penilaian pada tahap yang tinggi. Penerapan yang dijalankan dalam pengajaran juga adalah tinggi kecuali dalam aspek aplikasi teknologi serta memilih, mengurus dan menganalisa maklumat yang berada pada tahap yang sederhana. Guru-guru lelaki telah menunjukkan tahap penerapan yang lebih tinggi berbanding dengan guru-guru perempuan dalam penerapan kemahiran generik dalam aspek rancangan pengajaran dan penilaian. Sementara itu terdapat perbezaan penerapan kemahiran generik dalam aspek rancangan pengajaran dan pengajaran guru berdasarkan pengkhususan. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik dalam aspek penilaian berdasarkan pengkhususan guru. Implikasi kajian serta cadangan-cadangan untuk penyelidikan masa depan juga turut dibincangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08852
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13686

Actions (login required)

View Item View Item