Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tunas Bakti (p) Sungai Lereh, Melaka

Mohd Yunos, Nur Athirah and Boon, Yusof (2008) Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tunas Bakti (p) Sungai Lereh, Melaka. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah melaksanakan pelbagai program seperti program pemulihan akhlak dan Kempen Penghayatan Akhlak Mulia bagi menangani masalah sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran dalam kalangan pelajar Sekolah Tunas Bakti (P) Sungai Lereh, Melaka. Kajian ini melibatkan 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran di sekolah tersebut dengan menggunakan persempelan secara tidak rawak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Satu set borang yang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package For The Social Science) versi 11.5 untuk Windows bagi mendapatkan frekuansi, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pengajaran guru, kemahiran dan pembangunan diri yang mereka perolehi di Sekolah Tunas Bakti (P) Sungai Lereh, Melaka adalah berada pada tahap sederhana.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08793
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13627

Actions (login required)

View Item View Item