Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun akhir Fakulti Pendidikan

Jamil, Nor Ashima and Kamaruddin, Meor Ibrahim (2008) Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun akhir Fakulti Pendidikan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang menjadi kecenderungan bagi pelajar-pelajar Tahun Akhir Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Selain itu, kajian juga bertujuan mengenal pasti bentuk kecenderungan gaya pembelajaran pelajar mengikut perbezaan jantina. Soal selidik oleh Honey dan Mumford (1992) telah digunakan dalam proses pengumpulan data. sebanyak 133 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science, SPSS for Windows Version 16.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan bagi kumpulan responden ini ialah reflektor dan diikuti aktivis. Berdasarkan perbezaan jantina pula, kebanyakan pelajar lelaki gemar mengamalkan keempat-empat gaya pembelajaran, iaitu aktivis, reflektor, teoris dan pragmatis. Manakala pelajar perempuan didapati lebih gemar mengamalkan gaya pembelajaran berbentuk reflektor sahaja.. Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya pembelajaran semua pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08787
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13621

Actions (login required)

View Item View Item