Pembangunan Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani kebangsaan (ukjk) Bagi Matapelajaran Pendidikan Jasmani Dan kesihatan (pjk).

Othman, Nora Idura and Omar, Abdul Hafidz (2009) Pembangunan Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani kebangsaan (ukjk) Bagi Matapelajaran Pendidikan Jasmani Dan kesihatan (pjk). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ada sekarang masih menggunakan kaedah manual dalam pengumpulan data kecergasan pelajarnya. Selain itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini juga kurang diselia dan dianalisis dengan baik oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian ini dijalankan untuk membangunkan sistem penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian ini bertujuan untuk membangunkan empat komponen utama sistem ini iaitu pengujian peralatan kecergasan, sistem penasihatan, sistem analisis dan sistem pemfailan. Dua bentuk kajian dijalankan dalam kajian ini iaitu kajian rintis dan kajian sebenar. Kajian rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang sukan pada pelbagai peringkat.manakala kajian sebenar pula melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 16 tahun-19 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dan mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang sukan prestasi tinggi. Individu hanya memerlukan alat ingatan untuk menyimpan ID, nama dan data supaya semua stesen ujian boleh mengenalpasti individu tersebut dan menyimpan data kecergasan dalam alat ingatan tersebut. Sistem yang dibangunkan akan membaca dan menganalisis data daripada alat ingatan tersebut dan mengenalpasti tahap kecergasan individu tersebut. Dua pengujian kecergasan dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pos. Dalam tempoh masa antara kedua-dua ujian tersebut, subjek diberi nasihat mengenai latihanlatihan yang dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka, Terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian pada ujian Duduk Jangkau, Tekan Tubi, Bangkit Tubi dan Lompat Jauh Berdiri.. Tiga ujian lagi iaitu Naik Turun Bangku, Treadmil dan Lari Ulang Alik pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua ujian. Berdasarkan dapatan kajian, pembangunan sistem dari aspek pengujian, penasihatan, analisis dan pemfailan telah dapat dibangunkan dengan jayanya

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08785
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13619

Actions (login required)

View Item View Item