Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Terhadap Kerja Sambilan

Abdullah, Nor Syahidah and Nizar, Tamar Jaya (2008) Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Terhadap Kerja Sambilan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pada masa kini, kebanyakan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia bekerja secara sambilan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap kerja sambilan. Seramai 82 orang responden daripada pelajar tahun tiga dan empat SPI terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 30 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.897. Dapatan kajian mendapati min untuk mengetahui persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan adalah 3.75. Seterusnya, faktor luaran yang mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan adalah kerana faktor kewangan yang tidak mencukupi serta ingin mengurangkan beban keluarga dengan min 3.72. Secara keseluruhannya faktor dalaman lebih mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan dengan nilai min sebanyak 4.13. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Cadangan kajian lanjutan juga turut disarankan bagi penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08783
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13617

Actions (login required)

View Item View Item