Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Asas Penyelidikan Dan Pencarian Maklumat Melalui Pangkalan Data Elektronik

Osman, Noorul Shuhadah and Idris, Abdul Razak (2009) Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Asas Penyelidikan Dan Pencarian Maklumat Melalui Pangkalan Data Elektronik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perkembangan yang mendadak dalam bidang teknologi sejak tahun 1980 an telah meningkatkan penghasilan maklumat. Maklumat menjadi semakin banyak dan ianya disebarkan dan disimpan dalam pelbagai medium dan format. Salah satu medium penyimpanan maklumat yang digunakan adalah pangkalan data elektronik. Namun begitu, kemahiran tertentu diperlukan oleh pengguna untuk mencapai maklumat tersebut. Sehubungan dengan itu, banyak kelas mahupun kursus telah dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) bagi membantu dalam penerapan kemahiran tersebut. Walaupun begitu, tidak semua pelajar dapat menghadiri kelas bimbingan tersebut disebabkan oleh beberapa kekangan. Justeru itu, pihak PSZ telah menyediakan modul bimbingan dalam bentuk elektronik yang boleh dimuat turun melalui laman web PSZ. Namun, menurut sumber yang direkodkan oleh pihak PSZ, hanya segelintir pelajar yang memuat turun modul tersebut sejak tahun 2006 hingga 2008. Ini menunjukkan tidak ramai menggunakan modul elektronik. Oleh itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dibangunkan dengan menggunakan Model Pembangunan ADDIE sebagai panduan dalam proses pembangunan. MPK ini juga dibangunkan berasaskan teori pembelajaran Andragogi, yang mana ianya sesuai dengan sasaran pengguna iaitu pelajar UTM Skudai. Pembangunan MPK ini bertujuan untuk membantu pengguna, sebagai panduan asas penyelidikan dan pencarian maklumat melalui pangkalan data elektronik. Dalam MPK ini terdapat tiga sub modul, iaitu Modul 1: Pra Pencarian, Modul 2: Pencarian dan Modul 3: Pos Pencarian. Perisian utama yang digunakan dalam pengolahan isi kandungan MPK ini merupakan Microsoft Office Word edisi 2007. Di samping itu, Adobe Photoshop CS digunakan sebagai perisian sokongan dalam pengubahan grafik antaramuka pengguna

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08780
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13614

Actions (login required)

View Item View Item