Keserasian Personaliti-persekitaran Dan Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru Kaunseling Sekolah Menengah Harian.

Haron, Rahim and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Keserasian Personaliti-persekitaran Dan Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru Kaunseling Sekolah Menengah Harian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Teori Kerjaya Holland (1973) menyatakan keserasian personaliti-persekitaran merupakan faktor mempengaruhi pencapaian individu dalam pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan keserasian personaliti-persekitaran dengan prestasi kerja di kalangan guru kaunseling sekolah menengah harian di daerah Johor Bahru. Terdapat dua objektif kajian iaitu pertama untuk mengenalpasti pola personaliti-persekitaran di kalangan guru kaunseling dan objektif kedua mengenalpasti pola personaliti-persekitaran dengan prestasi kerja di kalangan guru kaunseling. Hipotesis kajian ialah terdapat hubungan yang signifikan antara darjah keserasian personaliti-persekitaran dengan prestasi kerja di kalangan guru kaunseling sekolah menengah harian. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-Form Easy (versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan untuk mengenal pola personaliti-persekitaran resopnden. Manakala, indeks Kongruen Iachan telah digunakan bagi mengenal darjah keserasian personaliti-persekitaran responden. Data yang dikumpul diproses menggunakan perisian computer Statistical Packages for Social Science (SPSS) dengan menggunakan peratusan dan kekerapan serta nilai min. kajian akan menguji perbandingan kod tiga huruf penyelidik bagi prestasi kerja dengan kod Holland. Operasi kajian mendapati pola personaliti-persekitaran individu di kalangan guru kaunseling menunjukkan kod tiga huruf yang diperolehi ialah SEA bagi prestasi cemerlang, SEC bagi prestasi baik dan SEA bagi prestasi memuaskan. Kedua, kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara keserasian personaliti-persekitaran dengan prestasi kerja. Kajian ini menunjukkan bahawa keserasian personaliti-persekitaran adalah bukan penentu utama bagi pencapaian prestasi kerja yang cemerlang. Ini kerana prestasi kerja turut dipengaruhi faktor-faktor yang lain seperti persekitaran tempat kerja. Penyelidikan mencadangkan supaya kajian akan dating dapat meluaskan skop dengan mengkaji faktor lain yang mempengaruhi prestasi perkerjaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08740
Subjects: Guidance and Counseling > Counseling
Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13577

Actions (login required)

View Item View Item