Amalan Fungsi Pengurusan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Di Zon Pasir gudang,johor.

Shamsudin, Shuhaida and Yasin, M.al-muzzammil (2008) Amalan Fungsi Pengurusan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Di Zon Pasir gudang,johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap amalan fungsi pengurusan pengetua di sekolah. Kajian ini melibatkan empat peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus sekolah iaitu merancang (planning), mengorganisasi (organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controlling). Kajian ini dilaksanakan di lima buah sekolah menengah harian biasa di Zon Pasir Gudang, Johor yang telah dipilih secara rawak. Data telah dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik ke atas sejumlah 286 orang guru sebagai responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 16.0 menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa pengetua sekolah di Zon Pasir Gudang mengamalkan keempat-empat elemen fungsi pengurusan dalam program kurikulum pada tahap tinggi dan juga dalam fungsi pengurusan secara keseluruhan. BErdasarkan dapatan kajian ini akan dibincangkan bagaimana peranan yang diamalkan oleh pengetua tersebut dapat membantu pengetua menjadi pentadbir sekolah yang berkesan di kalangan guru supaya program kurikulum sekolah akan lebih berkesan dan mencapai objektifnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08739
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13576

Actions (login required)

View Item View Item