Kefahaman Pendidikan Antarabangsa Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Md Isa, Ida Syafira and Said, Hamdan (2008) Kefahaman Pendidikan Antarabangsa Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengetahui sejauhmana kefahaman pendidikan antarabangsa dikalangan pelajara Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Lapan aspek dikaji dalam kajian ini iaitu kelayakan/kualiti guru, keyakinan bakal guru dalam menghadapi pengajaran pembelajaran, pelajar dan masyarakat, tahap kefahaman pendidikan antarabangsa mengenai budaya negara sendiri dan negara luar, penerapan item-item mengenai negara Jepun, keupayaan komunikasi kepada pelajar Jepun, penerapan kaedah mengeratkan persefahaman dengan Malaysia Jepun, penerapan mengenai hak asasi manusia dan penerapan mengenai pendidikan global. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisa secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 13.0 for Windows. Skala jawapan dibentuk mengikut skala lima mata. Analisia jawapan dilakukan berdasarkan nilai min, peratusan dan kekerapan. Hasil kajian mendapati majority responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kefahaman pendidikan antarabangsa yang mana menyentuh kelapan-lapan aspek yang kesemuanya memberikan jawapan yang paling positif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden yang dikaji cukup bersedia dalam menghadapi pengantarabangsaan yang sedang berlaku bersaing dengan negara luar dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan global masa kini.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08737
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13574

Actions (login required)

View Item View Item