Exploring The Relationship Between Teachers Information Communication Technology (ict) Competency, Confidence Level And Satisfaction Toward Ict Training Programmes : A Case Study Among Postgraduate Students In Utm

El Amin Abour, Khawla Mohammed and Tasir, Zaidatun (2008) Exploring The Relationship Between Teachers Information Communication Technology (ict) Competency, Confidence Level And Satisfaction Toward Ict Training Programmes : A Case Study Among Postgraduate Students In Utm. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan telah mendedahkan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memainkan peranan yang signifikan dalam pendidikan di masa kini. Sekiranya guru boleh mengintegrasikan alatan ICT dalam proses pengajaran, ianya akan meningkatkan proses asimilasi di kalangan pelajar dan ianya juga menjadikan mereka belajar untuk keseronokan. Terdapat tiga pembolehubah utama yang membolehkanproses pengintegrasian alatan ICT menjadi mudah. Pembolehubah tersebut ialah kompetensi ICT di kalangan guru, aras keyakinan guru dalam menggunakan ICT dan kepuasan guru terhadap program latihan ICT. Kajian ini mengkaji perhubungan di antara ketiga-tiga pembolehubah ini dan seterusnya menilai aras korelasi di antaranya. Untuk mendapatkan data yang berkaitan, kajian ini telah menggunakan kaedah soalselidik bagi mengumpulkan data yang diperlukan daripada guru. Kumpulan sampel yang terlibat ialah pelajar pasca ijazah di Fakulti Pendidikan dari sebuah universiti di Negeri Johor yang mana mereka merupakan guru yang berkhidmat di sekolah di Malaysia. Sejumlah 184 soalselidik telah dikumpulkan dan data dianalisa. Dapatan kajian mendapati terdapatnya korelasi yang positif diantara kompetensi ICT di kalangan guru, aras keyakinan guru dalam menggunakan ICT dan kepuasan guru terhadap program latihan ICT. Pekali korelasi diantara kompetensi ICT di kalangan guru dan aras keyakinan guru dalam menggunakan ICT adalah tinggi (r = .749) manakala pekali korelasi diantara kompetensi ICT dikalangan guru dan kepuasan guru terhadap program latihan ICT adalah sederhana (r = .496). Pekali korelasi diantara aras keyakinan guru dalam menggunakan ICT dan kepuasan guru terhadap program latihan ICT juga adalah sederhana (r = .571). Selain daripada itu, dapatan kajian mendapati guru di Malaysia, mempunyai kompetensi ICT yang tinggi (min = 3.95), aras keyakinan dalam menggunakan ICT yang tinggi (min = 4.00) dan kepuasan terhadap program latihan ICT yang tinggi (min = 4.02). Akhirnya kajian ini mencadangkan agar individu yang terllibat dalam membuat keputusan mengenai program latihan ICT seharusnya menumpukan kepada kepuasan untuk meningkatkan kepuasan guru terhadap program latihan ICT yang diadakan bagi memberi galakan dan motivasi kepada mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08736
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13573

Actions (login required)

View Item View Item