Secondary School Students Abilities Of Problem Posing activities.

Norman, Ilfi and Bakar, Mohd Nor (2008) Secondary School Students Abilities Of Problem Posing activities. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kreativiti dalam aktiviti pengutaraan masalah adalah suatu aspek yang boleh diukur atau ditaksir melalui keupayaan pelajar dalam proses pengutaraan masalah. Dalam kajian ini, pengkaji mempertimbangkan bahawa keupayaan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti pengutaraan masalah boleh diukur melalui dua peringkat utama, iaitu peringkat Uno problem dan Due problem. Peringkat Uno problem memerlukan pelajar untuk menokok tambah syarat kepada masalah asal buku teks dan membina keperluan/kehendak ayat baru. Pada sudut yang lain, peringkat Due problem memerlukan pelajar untuk mengurangkan satu atau dua syarat masalah asal buku teks dan membina keperluan/kehendak ayat baru. Tujuan kajian ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen. Pertama, untuk menyiasat dari segi keupayaan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti pengutaraan masalah, kedua, untuk mengenalpasti dari segi prestasi pelajar sekolah menengah dalam aktiviti pengutaraan masalah dan ketiga, untuk mencadangkankan aktiviti pengutaraan masalah yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Enam puluh pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi menjawab ujian dan temubual. Manakala sepuluh guru matematik terlibat dalam menjawab soal selidik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa lebih tiga suku daripada subjek lebih berupaya menghasilkan Uno problem dengan betul jika dibandingkan dengan Due problem. Dengan kata lain, subjek lebih berupaya untuk menokok tambah syarat kepada masalah asal buku teks dan membina permintaan baru. Kajian juga mendapati lebih separuh daripada subjek berjaya menjawab empat daripada lima soalan dengan betul. Ini bermakna prestasi pengutaraan masalah pelajar mampu dipengaruhi oleh tindakan pengkaji. Sebagai tambahan, bahan pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti pengutaraan masalah yang dicadangkan bersesuaian dengan keupayaan dan prestasi pelajar yang pelbagai boleh digunakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08735
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13572

Actions (login required)

View Item View Item