The Role Of Technical And Vocational Education And Training (tvet) In Human Capital Development

Haron, Mohamad Zhurad and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) The Role Of Technical And Vocational Education And Training (tvet) In Human Capital Development. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian sekunder yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meneliti peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dalam pembangunan modal insan. Modal insan memainkan peranan yang besar dan menjadi sumber kepada kemajuan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan pelaburan dalam membangunkan modal insan ini begitu penting dalam era persaingan moden dalam ekonomi dunia baru. Pelaburan dibuat menerusi pendidikan dan latihan bagi meningkatkan produktiviti seseorang dan bagi membolehkannya menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan yang lebih baik yang seterusnya di harap dapat meningkatkan pendapatannya. Walau bagaimanapun, peranan pendidikan terhadap masyarakat dan individu sering diperdebatkan. Ada pihak yang berpendapat bahawa setiap individu perlu diberikan pendidikan vokasional bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran tertentu manakala ada sesetengah pihak yang lain pula berpendapat bahawa setiap individu sepatutnya diberikan pendidikan akademik bagi membolehkan mereka mengembangkan minda menerusi pelbagai ilmu pengetahuan. Kajian ini dimulakan menerusi penelitian ke atas penulisan-penulisan sedia ada dan fokus adalah kepada keperluan pembangunan modal insan dalam dunia ekonomi baru, pelaburan dalam pembangunan modal insan, ekonomi pendidikan dan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Seterusnya, penelitian dilakukan pula kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan impak antara pendidikan teknik dan vokasional dengan pendidikan akademik terhadap peningkatan produktiviti pekerja dan peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam pembangunan modal insan. Hasil kajian ini mendapati pelajar-pelajar lepasan teknik dan vokasional adalah lebih produktif berbanding pelajar-pelajar lepasan akademik. Kesimpulannya, Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan modal insan dan menjadi faktor penyumbang utama kepada keperluan sumber manusia negara.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08730
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13567

Actions (login required)

View Item View Item