Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Kepuasan Kerja Dan Tahap Komitmen Kerja:tinjauan Di Kalangan Staf Adtec Batu Pahat,johor.

Kamarudin, Annie Suziana and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2008) Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Kepuasan Kerja Dan Tahap Komitmen Kerja:tinjauan Di Kalangan Staf Adtec Batu Pahat,johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi (Intrapersonal dan Interpersonal) dengan tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya di kalangan staf ADTEC Batu Pahat, Johor. Seramai 86 orang staf ADTEC dipilih secara rawak berlapis bagi memberi respon kepada soal selidik yang dibentuk. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 14.00 untuk windows). Soal selidik yang dibentuk mengandungi item yang mengukur tahap kecerdasan emosi, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya. Soal selidik yang mengukur tahap kecerdasan emosi telah diubahsuai daripada Inventori Konpetensi Emosi oleh Goleman pada tahun 1998, soal selidik yang mengukur tahap kepuasan kerja dibina oleh Brayfield dan Rothe pada tahun 1951 dan soal selidik yang mengukur tahap komitmen kerjaya telah dibina oleh Shafiq A. Alri dan Syed W. Ahmad pada tahun 1987. Teknik statistik pemeratusan, kekerapan, min skor dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya. Manakala ujian-t, ANOVA Sehala dan kolerasi Spearman digunakan bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi responden, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja responden adalah di tahap yang sederhana. Analisis inferensi mula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja. Tahap kecerdasan emosi juga didapati berbeza mengikut taraf perkahwinan. Nilai p yang diperolehi bagi kecerdasan emosi dan interpersonal bagi taraf perkahwinan ialah 0.05 iaitu sama dengan aras signifikan yang ditetapkan. Dapatan menunjukkan tidak wujud perbezaan tahap kecerdasan emosi dari segi faktor umur, jantina, bangsa dan tahap pendidikan. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada akhir bahagian penulisan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08729
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13566

Actions (login required)

View Item View Item