Kajian Mengenai Hubungan Persekitaran Kampus Dengan Pembentukan Personaliti Di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Nik Yusoff, Nik Rafidah and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Kajian Mengenai Hubungan Persekitaran Kampus Dengan Pembentukan Personaliti Di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara persekitaran kampus dengan pembentukan personaliti pelajar dari aspek autonomi, ekstrovert dan ketahanan di kalangan pelajar UTM, Skudai, Johor. Sejumlah 200 orang responden telah terlibat yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (SEE), Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (SBW), dan Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran). Borang soal selidik ini terdiri daripada 40 item berkaitan dengan Ujian Personaliti Sidek dan Ujian Persekitaran Kampus. Penganalisisan data telah menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS ver 14). Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Analisis inferensi pula menggunakan korelasi Pearson Product Moment. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran kampus dengan pembentukan personaliti autonomi, ekstrovert dan ketahanan di kalangan pelajar UTM Skudai, Johor. Selain itu, kajian juga menunjukkan persekitaran perpustakaan dan fakulti merupakan jenis persekitaran yang paling memberi keselesaan kepada pelajar UTM Skudai, Johor. Beberapa cadangan dan implikasi kajian telah dikemukakan untuk kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08728
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13565

Actions (login required)

View Item View Item